Wednesday, 14 September 2016

PERIHAL SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI ANDALAS







SEJARAH
Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas yang terletak di Jalan Tun Dr. Ismail, Off Jalan Langat, Klang telah ditubuhkan pada 3 Oktober 1994 dan mula beroperasi pada 1 Disember 1994.

Pada awal pembukaannya pada Disember 1994, bilangan murid di sekolah ini hanyalah seramai 824 orang. Pada Januari 2005, jumlahnya bertambah menjadi 2108 orang murid termasuk murid-murid kelas pra-sekolah. Sehingga November 2011, jumlah murid di SKTSA adalah seramai lebih kurang 1800 orang. Bilangan guru juga bertambah setiap tahun dan pada 2005, seramai 90 orang guru telah ditugaskan mengajar di sekolah ini dengan dibantu oleh 6 orang staf. Sehingga Disember 2011, bilangan guru adalah seramai 101 orang termasuk GB dan GPK, manakala bilangan staf adalah seramai 10 orang.


Sekolah ini mempunyai dua sesi persekolahan iaitu di sebelah pagi untuk murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) dan di sebelah petang untuk murid-murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3). Pada tahun pertama, sebanyak 24 kelas dibuka dan telah meningkat kepada 53 kelas termasuk 2 kelas pra-sekolah sehingga sekarang.




Dari segi prasarana sekolah, SK Taman Sri Andalas mempunyai 3 buah blok bangunan 3 tingkat iaitu Blok A, Blok B dan Blok D. Blok A terdiri daripada bilik-bilik darjah Tahun 1, 3, 4 dan 6, pejabat, bilik guru Tahun 6, bilik mesyuarat, bilik SPBT, bilik panitia, pusat sumber sekolah, bilik APD, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik LINUS dan kedai buku. Blok B pula terdiri daripada Dewan Budiman, billik-bilik darjah Tahun 1, 3, 4 dan 6, bilik guru Tahun 1, 3 dan 4, klinik, stor SPBT, surau, bilik fail, bengkel KH, bilik PSV, bilik muzik dan bilik J-Qaf. Manakal Blok D terdiri daripada Dewan Mesra, bilik-bilik darjah Tahun 2 dan 5, bilik PSK, makmal Sains, bilik pemulihan, bilik SAL dan bilik J-Qaf 2.

Senarai nama Guru Besar dan Guru Penolong Kanan SKTSA :
 
a) Guru Besar : 
1) En. Shahar Affendi b. Alang Hassan (Dis 1994 - 1996)
2) En. Kamaruddin b. Mohd. Yasin (1996 - Sept 2008)
3) En. Hud b. Abdul Ghani (Okt 2008 - Nov 2011)
4) Tn. Hj. Nor Azmi b. Rahmat (Dis 2011 - kini)
b) Penolong Kanan Kurikulum : 
1) Pn. Sabariah bt. Ali (
2) Pn. Salimah bt. Mahat (mulai Julai 2011 - Dis 2011)
3) Pn. Che Norlia bt. Ismail (Feb 2012)
 
c) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) : 
1) Pn. Hjh. Fatimah bt. Ahmad (
2) En. Che Omar b. Hamid (
 
d) Penolong Kanan Kokurikulum : 
1) Pn. Wee Soon Buay ( - Julai 2011)
2) En. Sulaiman b. Ismail (mulai Ogos 2011)
 
e) Penolong Kanan Petang : 
1) 
2) Pn. Hasliza bt. Ismail (sehingga 30 Sept 2011)
3) Pn. Nadrah bt. Othman (2012)





MAKLUMAT ASAS


Kod Sekolah
:
BBA0034
Nama Sekolah
:
SK TAMAN SRI ANDALAS
Alamat Sekolah
:
Jalan Tun Dr. Ismail, Off Jalan Langat,
41200 Klang, Selangor
No Telefon
No Faksimili
:
:
03-33721713
03-33726148
Jenis Sekolah
:
Sekolah Kebangsaan
Gred Sekolah
:
A
Peringkat Sekolah
:
Prasekolah & Rendah
Sesi Persekolahan
:
Pagi & Petang
Alamat e-mail
:
bba0034_sktsa@yahoo.com.my
Blog Sekolah
Facebook Sekolah
:
:
http://sktsa.blogspot.com

Tarikh Tubuh / Mula operasi
:
03/10/1994  /  01/12/1994
Jumlah Guru (2012)
:
107 orang (kemaskini April 2012)
Jumlah Staf Sokongan (2012)
:
10 orang
Jumlah Murid
:
1809 orang (kemaskini Mac 2012




LENCANA SEKOLAH




LENGKUNGAN MERAH DAN KUNING
di bahagian atas kanan dan bawah dan perkataan KLANG yang tertulis pada bengkung merah menunjukkan lokasi sekolah ini iaitu di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.

0112 dan 1994
merupakan tarikh bersejarah, iaitu hari pertama sekolah ini mula beroperasi 1 Disember 1994.

JALUR PUTIH, KUNING DAN MERAH
melambangkan murid dari pelbagai kaum bersatu dan seiring menuju kejayaan.

BUKU DENGAN PERKATAAN IQRA'
melambangkan gedung ilmu yang perlu diterokai dalam usaha menggarap ilmu.

MATA PENA
bermaksud kerja-kerja praktikal yang sama pentingnya selain daripada membaca.

SEPASANG TANAH
bermaksud bersyukur, berdoa dan bertawakal atas segala usaha yang dilakukan.

Logo yang berlatarbelakangkan warna HIJAU
melambangkan kecintaan kepada persekitaran yang bersih dan kehidupan yang sejahtera.

BENTUK LENCANA
menunjukkan pihak yang memimpin dan pihak yang dipimpin sama-sama mempunyai peranan untuk mencapai kejayaan.

'CEMERLANG DAN BERWAWASAN'
adalah slogan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas yang menjadi asperisasi guru-guru serta murid-muridnya dalam mencapai matlamat 'Insan Kamil'.

No comments:

Post a Comment